top of page

UJIAN DAN KLASIFIKASI KEHILANGAN PENDENGARAN

Ujian pendengaran boleh dijalankan di dalam bilik biasa oleh general practitioners atau pediatricians tetapi hanyalah anggaran dan hasilnya boleh dipertikaikan. Untuk hasil ujian yang lebih baik, ibu bapa boleh berjumpa dengan ahli audiologi atau ahli otologi yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Sungguhpun begitu, terdapat perbezaan yang jelas antara peranan ahli audiologi dengan ahli otologi.

Ahli audiologi bukanlah pakar perubatan dengan ijazah sarjana atau kedoktoran. Mereka dilatih untuk menilai tahap pendengaran dan mempunyai pengetahuan mengenai jenis kehilangan pendengaran. Sementara ahli otologi pula merupakan pakar bedah dengan pengkhususan mengenai diagnosis dan rawatan, pengesanan dan rawatan penyakit telinga berkaitan dengan anggota tubuh. Ahli otologi juga boleh melakukan ujian pengesanan kehilangan pendengaran sama seperti ahli audiologi. Lazimnya, ahli audiologi dan ahli otologi tidak mahir dengan aspek-aspek sosial dan komunikasi kanak-kanak pekak. Peranan ini diambil alih oleh speech pathologist yang lebih mengetahui tentang organ-organ pertuturan dan bagaimana pertuturan dihasilkan. Tambahan pula, terdapat di antara mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang audiologi.


Jenis-jenis Ujian Pendengaran


Ujian pendengaran untuk bayi


1. Crib-o-gram

- ujian ini dijalankan untuk membuat saringan (screening).

- digunakan di hospital untuk menguji kehilangan pendnegaran bayi yang baru lahir atau bayi di unit rawatan penjagaan rapi.

- alat ini tidak memberi ukuran yang tepat kerana bayi yang baru lahir tidak bertindak balas pada bunyi perlahan seperti bisikan tetapi bayi yang berumur beberapa minggu mungkin boleh bertindak balas seperti terperanjat, pergerakan kepala atau perubahan kelakuan apabila didedahkan dengan bunyi yang lebih kuat seperti bunyi bising, muzik atau pertuturan.

- ukuran dari Crib-o-gram memberi gambaran kasar kehilangan pendengaran.


2. Behavioral Observation Audiometry (BOA)

- boleh dijalankan melalui pemerhatian terhadap tindak balas bayi terhadap bunyi.

- ujian ini biasanya dijalankan ke atas bayi yang berusia lima bulan sehingga dua tahun.

3. Visual Reinforcement Audiometer (VRA)

- melibatkan pengukuhan tindak balas menggunakan ransangan penglihatan (visual).

4. Audiometry Brainstem Response (ABR)

- menggunakan ransangan elektrik mengenai laluan saraf pendengaran.

5 Imedance Audiometry

- ujian mengesan fungsi telinga tengah.


Ujian pendengaran untuk kanak-kanak berusia 12 bulan - 30 bulan


1. Ujian sound field (sound field test)

- ujian pendengaran dari ransangan bunyi tanpa melalui earphone (melalui tunning fork/puppet show).


2. Ujian play audiometry

- kanak-kanak duduk bersama ibu dan penguji menggunakan puppet untuk menarik perhatian kanak-kanak.

- kemudian ransangan bunyi diberikan, jika kanak-kanak mempunyai pendengaran dia akan menggerakkan kepala mencari arah bunyi.


3. Ujian bunyi tulin/terus (direct sound test)

- bagi kanak-kanak yang berusia lebih 30 bulan, ujian boleh dijalankan dengan ransangan bunyi tulin (pure tone) melalui earphone.

- alat yang digunakan ialah audiometer, ujian terus udara (air conduction) atau ujian melalui tulang (bone conduction) boleh dijalankan.

- hasil ujian boleh direkodkan dalam audiogram.

- ujian ini hendaklah dijalankan di dalam bilik tara bunyi (acoustic room).

- sebaik-baiknya ujian dijalankan beberapa kali untuk mendapatkan kesahan (validity)

- simbol-simbol yang digunakan

i) ujian melalui udara (air conduction)

O/R = telinga kanan

X = telinga kiri


ii) ujian melalui tulang (bone conduction)

] = telinga kanan

[ = telinga kiri


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page