top of page

Refleksi 2 (07 Mac 2017)

Pada minggu ini, kami diberi peluang untuk meneroka tentang pembelajaran abad ke-21 (21st century learning). Terdapat 4 kriteria yang diperlukan dalam merealisasikan pembelajaran abad ke-21:-

   i) critical thinking

   ii) creativity

   iii) communication

   iv) collaboration

​

Seterusnya, dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), 2 aspek yang perlu diberi penekanan iaitu, bahan bantu mengajar dan komunikasi guru-pelajar. Pengisian kelas hari ini adalah refleksi mengenai tajuk kuliah pada minggu lepas, yakni mengenai kategori media. Tutor menjalankan sesi soal jawab bersam para pelajar. Satu perkara yang saya gemar adalah tutor tidak pernah memberi penilaian awal terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Beliau menerima kesemua jawapan dan berbincang selepas itu dengan pelajar. Pendekatan pengajaran yang ditunjukkan bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat tentang tajuk tersebut malah memberi contoh secara tidak langsung kepada pelajar sebagai bakal guru. Secara ringkasnya, terdapat 2 jenis media iaitu, media elektronik (media tayang dan media bukan tayang) dan media bukan elektronik (media cetak dan media bukan cetak). Tambahan lagi, terdapat juga media tradisional (traditional media) yang merangkumi printed materials, free materials dan display surfaces. Kategori media dalam PdP pula terdiri daripada: -

   i) media cetak / media bukan cetak

   ii) media elektronik / media bukan elektronik

   iii) media tayang / media bukan tayang

​

Sebelum mengakhiri kelas, kami diberi tugasan untuk membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan jenis media visual. Antara kelebihan dan kelemahan yang kami peroleh adalah:-

​

Kelebihan

   i) repeatable - boleh dibaca berulang kali,

   ii) analisa lebih tajam - mudah difahami (simplicity),

   iii) menarik - meningkatkan tumpuan, dan

   iv) meningkatkan keberkesanan pencapaian tujuan pengajaran.

​

Kelemahan

   i) memerlukan pengamatan yang tinggi, dan

   ii) tidak sesuai kepada individu dengan gaya pembelajaran menggunakan audio dan kinestetik.

​

Sekian sahaja refleksi untuk minggu ini :)

bottom of page