top of page

Refleksi 5 (28 Mac 2017)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada permulaan kelas, tutor memaklumkan kepada kami tentang pencipta sebenar kamera dan kaca mata iaitu, Ibnu al Haytham atau nama sebenarnya ialah Abu ‘Ali Al-Hasan bin Al-Haytham. Sungguhpun, ilmuwan dari Barat mendakwa bahawa mereka orang pertama yang menemui kamera tetapi ia hanyalah paradoks semata-mata...hehehe paradoks tu maksudnya ilmu yang tidak benar. Istilah ini saya pelajari semasa kelas tutorial pada minggu ini. Sungguh sebelum ini saya pernah beberapa kali menemui penggunaan istilah ini dalam penulisan tetapi tidak pula tergerak badan ini untuk mencari maksud perkataan paradoks tersebut sehinggalah diberitahu secara tidak langsung oleh tutor dalam kelas, maka baru saya tahu maksud bagi perkataan tersebut... hahaha. Terima kasih Dr. ;)

Seterusnya, tutor membuat refleksi mengenai kuliah Teknologi Pendidikan pada minggu lepas yakni berkaitan tajuk Fotografi. Tutor memberi penekanan terhadap subtopik jenis-jenis lensa (wide lens, standards lens, micro lens, dan lain-lain) dan teknik-teknik fotografi (till up: low angle, till up: high angle, rule-of-third, depth-of-field, flat lay/table lay, four ground dan sebagainya).

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Tambahan pula, kami juga didedahkan tentang aperture iaitu, bukaan lensa. 

   i) bukaan besar: untuk pencahayaan yang banyak (sesuai digunakan pada waktu malam)

   ii) bukaan kecil: untuk pencahayaan yang sedikit

*** semakin besar bukaan aperture, semakin besar nilainya

​

​

​

​

​

​

​

​

Shutter: button yang ditekan untuk mengambil gambar

   i) slow shutter: pencahayaan yang banyak

   ii) fast shutter: pencahayaan yang sedikit

​

Sekian sahaja refleksi untuk minggu ini :)

Teknik high-angle
Teknik low-angle
Teknik rule-of-third
Teknik depth-of-field
Teknik rule-of-third
bottom of page