top of page

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah sesi suai kenal antara tutor dengan para pelajar. Secara realitinya, kami telah pun mengenali Dr. Fariza Khalid kerana beliau merupakan penyelaras kursus GGGE 1155 Komputer dalam Pendidikan yang diambil pada semester pertama sesi 2015/2016. Personaliti beliau yang 'bersahaja' dan mesra membuatkan kami selesa dan tidak kekok. Seterusnya, pembelajaran dimulakan dengan topik Keselamatan Siber (Cyber Security). Tutor telah menerangkan secara ringkas mengenai topik ini dan melakukan sesi soal jawab secara tidak langsung bagi melihat sejauhmana tahap pengetahuan kami terhadap topik ini. Selain itu, kami juga berbincang mengenai tugasan-tugasan yang diperlukan dalam kursus ini. Secara tidak langsung, kami turut diperkenalkan dengan beberapa istilah baru iaitu, coffee table book, table lay dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan tugasan individu. Istilah-istilah ini banyak digunakan dalam bidang fotografi. Beliau juga menggalakkan kami untuk membuka akaun Academia. Melalui Academia, kami boleh membaca dan melihat pelbagai artikel yang merentas bidang. Sebelum mengakhiri kelas, tutor telah memberikan tugasan kepada kami iaitu, mencari satu blog serta menyenaraikan kekuatan dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap blog tersebut. Tujuan beliau memberikan tugasan tersebut adalah bagi memberi gambaran kasar kepada kami bagaimana reka bentuk pembinaan blog untuk tugasan kami pada semester ini. Sekian sahaja untuk minggu ini.

Refleksi 1 (28 Februari 2017)

bottom of page