Refleksi 6 (11 April 2017)
Minggu ini kami diperkenalkan dengan kaedah pembelajaran yang baharu dengan menggunakan augmented reality (AR). Secara ringkasnya, AR memperbolehkan pengguna melihat objek maya dua dimensi atau tiga dimensi yang dipancarkan terhadap dunia nyata.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
AR ini sebenarnya telah lama digunakan oleh negara-negara maju. Di Malaysia, perkara ini masih dianggap baharu kerana kurang penekanan serta pendedahan diberikan terhadap penggunaan AR. Saya bersama rakan-rakan yang lain berasa sungguh bertuah kerana tutor telah memperkenalkan kepada kami tentang AR. Di samping itu, Dr Fariza turut meminta kami untuk memuat turun aplikasi Aurasma bagi membolehkan proses pembinaan AR. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Play Store atau App Store.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Seterusnya, kami diberi tugasan untuk meneroka penggunaan AR melalui aplikasi Aurasma kerana selepas ini kami dikehendaki membina bahan AR berdasarkan tajuk tugasan kumpulan yang diperoleh menggunakan AR. Namun, sebelum itu tutor akan membuat demonstrasi tentang cara-cara membangunkan AR menggunakan aplikasi ini pada kelas akan datang. Tajuk tugasan bagi kumpulan kami adalah Media Social and Procrastination. Nantikan hasil pembinaan AR dari kumpulan kami... ;) Sekian sahaja refleksi untuk minggu ini.