top of page

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN


1. Kurang memberi perhatian

Kanak-kanak ini tidak terkejut dengan bunyi yang kuat. Mereka juga mungkin tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi dan tidak cuba meniru atau bertindak balas terhadap bunyi yang didengar pada usia 12 bulan. Dalam hal ini, mungkin mereka mungkin tidak mendengar atau tidak dapat memastikan bunyi yang didengarinya apabila mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi mahu pun perhatian kepada kita.

2. Sukar mengikut arahan

Kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar untuk mengikut arahan secara lisan meskipun arahan tersebut dalam bentuk ayat yang mudah. Mereka akan lebih kerap bertanya dan meminta supaya arahan tersebut diulang atau tidak memberi perhatian kepada arahan atau pertanyaan yang diajukan.


3. Selalu berangan

Mereka akan sering berangan-angan serta kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu misalnya tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas.


4. Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan

Kanak-kanak ini seringkali cuba mengelakkan diri dari melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini kerana mereka merasakan kehadiran mereka dalam kumpulan tersebut adalah sia-sia lantaran mereka gagal mendengar dan memahami perkara yang dibincangkan.


5. Memerlukan bantuan rakan-rakan

Mereka cenderung melengahkan tugasan yang diberi dan meniru rakan-rakannya di dalam kelas kerana gagal mendengar arahan guru. Di samping itu, mereka juga biasanya lebih suka mendiamkan diri kerana kesukaran memahami perkara yang disampaikan atau diperkatakan.


6. Butir percakapan yang tidak jelas dan janggal

Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul kanak-kanak tipikal (biasa). Kadangkala sebutan mereka tidak dapat difahami maknanya. Hal ini kerana, kebanyakan bunyi konsonan yang terdapat dalam sesuatu perkataan ditinggalkan dan pertuturan hanya mengandungi bunyi-bunyi vokal sahaja. Misalnya, "saya" disebut sebagai "aya".


7. Personaliti

Kanak-kanak ini seringkali dilabel sebagai kanak-kanak degil kerana tidak mendengar kata, malas membuat kerja yang diarahkan dan gemar mengalihkan perhatian. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesukaran yang dialami untuk memahami arahan lisan yang diberikan menyebabkan mereka lebih suka membuat hal sendiri.


8. Sering mengadu sakit telinga

Mereka ini akan sering mengadu tentang sakit yang dialami pada bahagian telinga dan terdapat cecair yang keluar dari telinga. Di samping itu, kanak-kanak ini turut mengalami sakit tekak dan tonsilitis. Masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan dengan pendengaran.


Selain daripada ciri-ciri di atas, ciri lain yang jelas dapat kita lihat adalah mereka akan memasang atau membuka radio dengan kuat. Seterusnya apabila menonton televisyen, mereka akan duduk tepat di hadapan televisyen tersebut berbanding orang lain. Individu dengan masalah pendengaran juga akan mencondongkan mukanya ke depan untuk mendengar tutur kata dengan jelas.





Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page