top of page

ALAT PENDENGARAN (AP)

1 Jenis-jenis alat pendengaran

i) dipakai pada badan (body worn)

ii) behind-the-ear (BTE) (belakang telinga)

iii) in-the-ear (ITE) (dalam telinga)

iv) in-the-canal (ITC)


- ITE sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kehilangan pendnegaran sedikit dan sederhana (mild and moderate).

- BTE sesuai untuk semua kategori (mild to profound).

- body worn digunakan oleh mereka yang mempunyai kehilangan pendnegaran yang sangat teruk (profound deaf).

2. Bagaimana AP beroperasi

- alat elektronik yang digunakan untuk membantu pendengaran.

- tidak memulihkan pendnegaran tetapi menguatkan bunyi di persekitaran.

- terdiri daripada tiga bahagian utama = mikrofon, amplifier dan earphone (speaker)


i) mikrofon - menangkap gelombang-gelombang bunyi di persekitaran dan menukarkannya menjadi gelombang elektrik.


ii) amplifier - menguatkan gelombang elektrik yang diterima.


iii) earphone/speaker - menukar semula gelombang elektrik ke gelombang bunyi.


3 Gandaan bunyi AP (hearing aid amplification)

i) gandaan (gain)

- jika mikrofon AP menerima 60 dB kekuatan bunyi, earphone/speaker akan mengeluarkan 90 dB kekuatan bunyi, maka perbezaan input (masuk) dan output (keluar) kekuatan bunyi ialah 30 dB.

- perbezaan 30 dB ini dinamakan gandaan (gain).


ii) tahap gandaan

- 60 dB gandaan diguna (user gain)

- 60 dB gandaan penuh (full-on-gain)

- 90 dB gandaan maksima (M.P.O)


- setiap AP yang diguna akan diberikan tiga tahap gandaan

- gandaan diguna (user gain) diberikan berdasarkan kepada setiap frekuensi kehilangan pendengaran.

- gandaan penuh (full-on-gain) ialah kekuatan bunyi yang diberikan pada alat pendengaran apabila AP diputar pada volume penuh.

- 90 dB gandaan maksima (M.P.O) ialah setiap alat akan dihadkan untuk mengeluarkan bunyi pada tahap yang paling kuat.

- tahap paling tinggi sesuatu alat bantuan pendengaran boleh mengeluarkan bunyi dinamakan M.P.O.

- setiap alat bantuan pendnegaran perlu disesuaikan/disetkan kekuatan bunyi yang boleh dihasilkan mengikut kehilangan pendengaran pemakainya.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page