ANATOMI TELINGA
- nor wahida
- Apr 28, 2017
- 1 min read

Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar meliputi kawasan telinga cuping telinga serta salur telinga luar hingga ke gegendang manakala bahagian telinga tengah meliputi kawasan yang mengandungi ketiga-ketiga tulang osikel iaitu tukul, andas dan rakap. Bahagian telinga dalam pula meliputi kawasan yang menempatkan salur separuh bulat dan koklea. Setiap bahagian telinga ini memainkan peranan penting dalam proses pendengaran.



Comments